Dah berminggu rasanya Bath asyik hujan je.. sejuk kalah winter.
Tekanan tu tayah cerita la banyak mana - sebab dah ber-roll-roll habis tisu dengan hingus neh.24 jam rasa seram sejuk.. last2 telan panadol jugak.. boleh lah..takdelah baik terus.
Hari ni hand-in kerje sekolah yang last untuk semester 2. The most stressful task rasanya yang ni. Nak muntah sebab rasa dok buat tak siap2..banyak sangat benda yang nak diconsider. Bila dah hantar tadi rasa nak loncat-loncat aje. Tapi lelah la pulak. Kat uni parade tu dah la sejuk nak mampus. Kensel lah. Nanti la tunggu baik sket. Lelah ni pun boleh tahan kerap dia. Hari-hari kena grill badan kat heater - just to get over the pain. Dah konfius dah..summer diorg macam ni ke..? dalam sebulan ada la kot 2 hari ja yang panasnya.
Ingat nak enjoy lah dalam 3-4 hari. Nak duduk diam-diam tamau buat apa2. Hehe. Tapii.....konfius jugak awat still dok rasa bahang-bahang stress walaupun exam etc dah over. Tinggal dissertation je sekarang ni. Memang rasa nak bergulung ja dalam rumah. Tapi ezzah pulak ada sekolah.. Huhu..nak hantaq dia pi sekolah pon kadang-kadang rasa malas. Tapi sebab dah makin improve dia punya social skills dan bercakap, tak la rasa ralat sangat. Hari-hari dia sebut benda baru. Kalau kita nak ajar sendiri..tak tau la kurun ke bila baru nak boleh bercakap anakku ni.. mak ngan bapak dia pulak stok diaammmmm jer. spesis cakap dalam hati.. hahaha..
Dah busan ngan FB. Hari-hari nampak gambar makanan. Saja ja manusia-manusia ni letak gambaq karipap pusing la.. kuih lapis la.. hiii.. rasa memang nak nangis. tapi kalau nangis over makanan macam sadis la pulak. baik nangis sebab rindu kat mak, lagi berfaedah. Disebabkan tensen ngan gambaq masakan - maka tadi terai buat apam balik. belasah ja apa yang ada. Lempar gula ngan kacang ngan jagung.. pastu telan. ada la rasa apam balik yang tak pernah termimpi nak kena buat sendiri.. boleh lah.. dari takde lansung.. hehe. tapi standard la bila dah lelah tengah teruk, makan pun tak sekencang dulu.. takut tersedak - pastu muntah. buat letih ja masak.. hmmph..